"Makan sikit je tapi berat tak turun pun!”
Mesti ramai di antara anda semua mengalami masalah ini kan? Kadang tu seharian minum air masak je, tapi berat badan tak turun-turun! Lemak degil betul nak pecah. Anda perlu ingat, definisi diet bukan tidak makan seharian atau tidak makan makanan berlemak.
Definisi diet adalah kadar karbohidrat yang sangat rendah, kadar protein yang sederhana dan kadar lemak yang sangat tinggi. Tetapi, ramai yang memikirkan diet mengurangkan makan makanan berlemak dan banyakkan makanan karbohidrat
Pengambilan pembahagian nutrien yang betul adalah seperti di bawah;
- Karbohidrat: 10% daripada jumlah kalori sehari. Lebih kurang 10-50 g sahaja sehari. Maknanya, cukup sekadar makan sebiji epal (15 g karbo) atau seganggam nasi (30-45 g karbo) saja.
- Protein: 15-20% daripada jumlah kalori sehari (0.8 ke 1.0 gram protein untuk setiap 1 kg berat badan)
- Lemak: 60-80% daripada jumlah kalori sehari
Akan tetapi, ada juga yang diet bukan sebab menginginkan berat badan turun tetapi kerana sedang menderita penyakit tertentu. Untuk mengetahui bagaimana cara diet yang betul, anda boleh ikuti panduan menu seharian yang akan Donna kongsikan.
Sarapan
Pada waktu sarapan, ramai yang menganggap pengambilan kuih adalah cara paling bagus untuk mengelakkan berat badan bertambah. Telahan anda salah sama sekali.
Menu yang amat digalakkan pada waktu pagi adalah bijirin dan susu rendah lemak!
sumber google
Tengah hari
Pada waktu tengah hari pula, ramai yang mengambil keputusan untuk tidak makan nasi. Kononya, dapat menurunkan berat badan. Anda salah sama sekali kerana nasi mampu memberi anda tenaga untuk melakukan rutin harian. Jika tidak, anda akan jatuh sakit!
Oleh itu, cukup sekadar mengambil segenggam nasi putih, rebusan ayam di bahagian dada dan apa-apa jenis sayuran. Kalau Donna, pada waktu tengah hari Donna akan makan nasi segenggam, rebusan dada ayam dan sebiji tomato.
Petang
Waktu petang di mana semua orang akan makan makan ringan untuk mengunyah atau tidak mengambil sebarang makanan. Jangan! Badan anda akan jatuh sakit jika tidak mencukupi gizi secukupnya. Sebolehnya, makan kekacang untuk gizi protein dalam tubuh badan.
Malam
Pada waktu malam, ramai yang membuat tanggapan bahawa makan malam mengakibatkan berat badan makin bertambah. Walhal, ia sama sekali tidak memberi apa-apa kesan. Oleh itu, menu yang sesuai pada waktu malam adalah seketul dada ayam yang direbus dan juga sayuran.
No comments:
Post a Comment